Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SEN 3725SEN 3744SEN 3792SEN 3828

SENDAYAN, 9 Nov 20 - Pangkalan Udara Sendayan telah menerima Lawatan Kerja daripada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Shahada bin Ismail TUDM. Ketibaan PPLU telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan), Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM dan pegawai-pegawai PU Sendayan di Markas Pangkalan.

Lawatan ini bertujuan bagi memperkenalkan PU Sendayan yang merupakan salah satu unit naungan di bawah Markas Pemerintahan dan Pendidikan Udara kepada PPLU .

Acara dimulakan dengan Komander Pangkalan menyampaikan taklimat berkenaan PU Sendayan kepada PPLU. Seterusnya PPLU dan delegasi telah dibawa melawat sekitar pangkalan dan meninjau unit-unit dan fasiliti-fasiliti yang ada di dalam pangkalan seperti kompleks pernama, kompleks sukan, lapang sasar pistol, MAFEC dan lain-lain lagi. Lawatan ini telah dijalankan mengikut SOP pencegahan COVID-19.