Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0018DSC 0024DSC 0032DSC 0043DSC 0053

BANTING, 13 Nov 2020 - Pangkalan Udara Jugra telah menganjurkan program seni keibubapaan (Parenting Skills) anjuran bersama ATM dan PERNAMA peringkat Pangkalan Udara Jugra Tahun 2020 bertempat di Dewan Wisma Ahli Udara. Majlis Telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai serta anggota pangkalan serta Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Program Parenting Skills ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Rinatho bin Nunchi, Pegawai Psikologi (Kaunselor Bertauliah), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Objektif program ini diadakan bertujuan memberi kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai ibubapa dan mampu melaksanakan tugas tersebut dalam mendidik anak-anak untuk membentuk matlamat diri dan keluarga yang lebih jelas dan realistik serta merancang motivasi diri dengan memberi kesedaran akan kepentingan pendidikan anak-anak.