Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUANTAN, 22 Jul 16 – Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Pertandingan Jalan Laju Fit To Fight. Latihan ini dikelolakan oleh Pejabat Latih Pangkalan. Pertandingan Jalan Laju ini merangkumi jarak sejauh 10 km yang bermula dari Padang Polo Pangkalan mengelilingi parameter Pangkalan dan tamat di tempat yang sama.

Majlis Perasmian pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM dengan dihadiri oleh para pegawai serta warga PU Kuantan.

Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh Skn 320, Naib Johan  pula disandang oleh No 10 Skn manakala tempat ke tiga jatuh kepada PULATIBANG III. Para peserta telah mempamerkan semangat berkumpulan yang kental dan minda yang positif untuk menamatkan pertandingan dan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kecederaan.