Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

SUBANG, 25 Jul 16 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KAPP) Kelas II Siri 75/16 telah disempurnakan oleh YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Pengarah Rancang, Cawangan Provos Marsyal ATM di Dewan Pahlawan PLPP.

Seramai 55 orang anggota dari Ketukangan Pembantu Pentadbiran yang berpangkat Laskar Udara II yang terdiri daripada 43 anggota lelaki dan 12 anggota perempuan hadir bagi mengikuti kursus ini yang akan dilaksanakan selama 19 minggu bermula dari 19 Jul 16 dan akan tamat pada 2 Dis 16.

Semasa ucapan perasmian, Pengarah Rancang, Cawangan Provos Marsyal ATM telah memaklumkan kepada semua peserta kursus bahawa kursus ini adalah kursus asas bagi seseorang anggota daripada Ketukangan Pembantu Pentadbiran dan tujuan kursus ini diadakan adalah bagi melahirkan anggota Pembantu Pentadbiran yang mahir dan cekap dalam melaksanakan tugasan yang akan diamanahkan. Beliau juga berpesan agar semua peserta kursus memberi tumpuan yang penuh terhadap segala ilmu yang dicurahkan supaya dapat dimanafaatkan dengan sepenuhnya di pasukan kelak.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga menekankan kepada semua  peserta kursus supaya menjaga tahap disiplin dan menjauhi perkara-perkara tidak baik yang boleh merosakkan perkhidmatan dan masa depan mereka.