Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC00582DSC00610DSC00613DSC00651DSC00673

SUBANG, 12 Okt 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 218/17 telah disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, YBhg Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahamad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM, Pegawai dan Jurulatih INSTAR.
Seramai 120 orang pelatih daripada pelbagai ketukangan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pemangku Sarjan Udara. Kursus Penyelia Kanan Siri 218/17 bermula pada 12 Sep 17 dan tamat pada 13 Okt 17.