Kemaskini Terakhir: Khamis,16 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180202 091742 776IMG 20180202 091744 860IMG 20180202 091752 081

IPOH, 1 Feb 18 - Bertempat di Hotel Impiana Ipoh, Wisma Perwira Akademi Tentera Udara (ATU) telah menganjurkan Majlis Makan Beradat Wisma Perwira bagi meraikan pegawai yang telah bertukar keluar dan juga pegawai yang baru bertugas di Akademi ini. Majlis penyampaian cenderahati kepada pegawai yang bertukar keluar telah disempurnakan oleh Komandan ATU, YBhg Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang DiPertua Wisma Perwira, Mej Ahmad Zamili bin Isa TUDM, Wakil Pegawai yang bertukar keluar, Lt Kol Meor Ahmad Kamal bin Meor Termizi TUDM seterusnya Komandan ATU.

Untuk menyerikan suasana majlis, Komandan ATU juga berbesar hati untuk menyampaikan beberapa lagu seperti Rindu Bayangan, Hari Ini dan Semalam serta Selamat Tinggal sebelum diteruskan dengan persembahan dari Pegawai-pegawai yang lain. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya diatas kerjasama dan usaha semua ahli jawatankuasa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.