Kemaskini Terakhir: Isnin,25 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.16WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.27.07WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.08WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.20WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.22WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.23WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.26 1WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.26WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.28WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.32WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.48WhatsApp Image 2018 06 09 at 18.28.49

TANJUNG BUNGAH, 7 Jun 18 – Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Iftar warga INSKEP & ITSBL bersama Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Othman TUDM dan isteri Datin Zubaidah binti Abdullah.

Turut hadir Pengarah Urusan Yusof Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Seri Yusof Taiyoob, Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Mohd Safiee bin Mohd Yusof TUDM, Pegawai Memerintah ITSBL Mej Syed Mutalib bin Syed Othman TUDM dan Ketua Jurulatih INSKEP Mej Nurul Amir bin Othman TUDM.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga INSKEP & ITSBL disamping dapat meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini. Selain itu, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Ma'had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al Ulum Masjid Tanjung Bungah, Ustaz Hanafi bin Osman, serta Penyampaian Cenderhati kepada Anak Anggota, Peserta Tadarus Al-Quran dan kepada Anggota yang bertugas di Hari Raya.