Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0027DSC 0055DSC 0119WhatsApp Image 2018 07 04 at 23.40.13WhatsApp Image 2018 07 05 at 13.08.06

 

TANJUNG BUNGAH, 2 Jul 18 - Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah menganjurkan Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18 dan Senior Trainer Course Siri 29/18. Kursus Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18 ini telah dihadiri 25 orang pegawai berpangkat Kapt TUDM dari pelbagai cawang dan 02 orang peserta dari luar negara iaitu Kapt Tek Didid Hendro Sutrisno dari Tentera Nasional Indonesia dan Kapt (U) Muhammad Nur Aidi bin Abdul Razak dari Tentera Diraja Brunei.
Kursus Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18 ini dijalankan selama 12 minggu. Manakala Kursus Senior Trainer Course Siri 29/18 ini telah dihadiri 09 orang pegawai dan 14 orang LLP yang terdiri daripada pelbagai Unit latihan di dalam TUDM. Kursus Senior Trainer Course Siri 29/18 ini dijalankan selama 4 minggu. Majlis Pembukaan kedua-dua kursus tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan latihan Udara, Brig Jen Dato' Haji Sanusi bin Haji samion TUDM.