Kemaskini Terakhir: Selasa,15 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0477DSC 0485DSC 0559DSC 0563DSC 0588DSC 0597

 

INSMAT, 12 Okt 18 - Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Materiel Siri 50/18 telah berlangsung di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus Bin Masjuki TUDM.

Pelatih Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Pegawai Materiel adalah Lt M Nur Fatin binti Hasrin TUDM dan bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan telah dinobatkan kepada Lt M Ahmad Nadzri bin Aznan Sham TUDM.

Dalam ucapan, beliau mahukan penuntut supaya banyak berfikir dan melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pengamatan, pergaulan dan pengalaman selain sensitif dan peka dengan keperluan serta isu semasa yang berlaku di sekeliling. Perancangan yang dibuat juga perlu diatur dengan baik dan teliti supaya hasil yang akan diperolehi akhirnya nanti mampu membawa perubahan baik.