Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

346

TANJUNG BUNGAH, 5 Nov 18. Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah yang dihadiri seramai 36 orang pegawai kanan dan juga Penuntut Single Service Staff Course (SSSC) Siri 8/18, 56 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta 15 penjawat awam yang bertugas di INSKEP.

Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM mengambil kesempatan pada perbarisan ini untuk menyempurnakan pemakaian pangkat kepada P/FSjn Shahrizal bin Saad dan LUK Wan Muhammad Aiman bin Wan Yusoff. Selain itu, beliau juga turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Khidmat Terpuji bagi peringkat pegawai dan anggota, Airman Of The Month bagi bulan Ogos, September dan Oktober 2018, Anugerah Khidmat Cemerlang bagi anggota, awam dan pemain-pemain futsal yang telah mengharumkan nama INSKEP bagi peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pegawai Memerintah INSKEP turut menyampaikan sumbangan kepada Kpl U Mohamad Johan bin Mohd Din ke atas pemergian bayi yang baru dilahirkan serta cenderahati kepada Kpl U Mohamad Muhibbudin bin Mustafa dan Kpl U Shahrul Hashimi bin Sazali yang baru menimang cahaya mata.

5