Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8473DSC 8477DSC 8481

 

INSPRA, 29 Nov 18 - Majlis Penutup Kursus Air Traffic Control Assistant Instructor (ATCAI) Serial 2/18, Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Serial 46/18 dan Pemakaian Lencana Ketukangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat. Majlis turut dihadiri oleh, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM, Komandan INSPRA, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, pegawai-pegawai dan para jurulatih.


Seramai 4 orang peserta kursus ATCAI Serial 2/18 dan 23 orang peserta kursus BATCA Serial 46/18 telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Peserta Kursus Terbaik Amali dan Terbaik Keseluruhan di sandang oleh LU II Ahmad Auzan Syarhan bin Zainudin dari perserta kursus BATCA Serial 46/18 dengan memperolehi markah keseluruhan 84.6%. Sementara Sjn U Mohammad Aminuddin bin Hassan dari peserta kursus ATCAI Serial 2/18 dianugerahkan sebagai Peserta Terbaik Kursus dengan memperolehi markah keseluruhan 84%.
Pihak INSPRA merakamkan ucapan tahniah dan syabas bagi peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus. Semoga ilmu yang dipelajari bermanfaat di unit kelak.


Selepas tamat Majlis Penutup Kursus dan Pemakaian Lencana Ketukangan Dato telah hadir membuat lawatan ke Sekolah Kawalan Traffik Udara melihat Sistem Simulator.