Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181203 WA0046

 

KINRARA, 3 Dis 18 - AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM selaku salah seorang Anggota Lembaga Koperasi Tentera menyampaikan sumbangan khas Koperasi Tentera kepada Adik Nur Ameera Syahira yang mengalami masalah jantung, percakapan dan pendengaran. Adik Nur Ameera merupakan anak kepada pasangan Provos INSMAT, Kpl U Mohd Firdaus bin Osman dan Kpl U (W) Nor Rizan binti Ahmad.

AKS Tadbir juga menyampaikan sumbangan tambahan dari Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) kepada Adik Nur Ameera. Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM, pegawai-pegawai, staf dan ahli BAKAT INSMAT. Semoga sumbangan yang diberi membantu meringankan beban kewangan keluarga berkaitan urusan rawatan Adik Nur Ameera.