Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

LRM EXPORT 124075981495129 20181204 133222440 copyLRM EXPORT 124101869521167 20181204 133248328 copyLRM EXPORT 124146831666993 20181204 133333291 copy

ALOR SETAR, 30 Nov 18 – Seramai 420 orang calon Perajurit Muda (PJM) Udara Lelaki Siri 60/19 Zon Semenanjung telah hadir ke Kolej Tentera Udara bagi sesi pemilihan akhir yang diadakan mulai 24 hingga 30 Nov 18.

Calon yang hadir adalah terdiri daripada mereka yang lulus pada pemilihan awal yang dikoordinasi sepenuhnya oleh Sel Kerjaya dan Pengambilan - Bahagian Sumber Manusia di sekitar Semenanjung. Pemilihan adalah berdasarkan daripada kriteria yang telah ditetapkan dan dipilih oleh Lembaga Pemilihan Awal/Akhir.

LRM EXPORT 124187274634695 20181204 133413734 copyLRM EXPORT 124227162789377 20181204 133453622 copyLRM EXPORT 124249364010727 20181204 133515823 copy

Antara ujian yang dilalui oleh calon-calon dalam sesi pemilihan akhir adalah Ujian Air Kencing, Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian, Ujian IQ, Ujian Kecergasan Jasmani dan Temuduga Akhir mengikut tred masing-masing iaitu tred Tadbir, Kejuruteraan, Materiel dan Sistem Darat.

LRM EXPORT 124297486001866 20181204 133603945 copyLRM EXPORT 124309210782073 20181204 133615670 copyLRM EXPORT 124320258585196 20181204 133626718 copy

Calon PJM Udara yang berjaya akan melapor semula di Akademi Latihan Tentera Udara (ATU) Ipoh, Perak pada 5 Jan 19 untuk upacara angkat sumpah dan seterusnya menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan.