Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Bersama barisan JurulatihBersama BWO di hadapan HQBersama Mej JunizamSambutan Hari lahir 2

KEPALA BATAS, 31 Dis 2018 – Satu jamuan tengahari telah diadakan di Laman Kualiti, Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) yang dihadiri oleh semua warga INSPEN 2. Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah INSPEN 2, Lt Kol Koo Heng Giap TUDM bagi memulakan aturcara majlis.

Objektif jamuan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara warga INSPEN 2. Selain daripada itu, jamuan ini juga adalah untuk meraikan kejayaan pencapaian penerbangan sebenar 3506 jam dan 1124 jam untuk penerbangan simulator bagi tahun 2018.

Majlis turut meraikan Mej Hazrin Fairuz bin Omor TUDM yang akan bertukar keluar ke No 3 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth serta dimeriahkan lagi dengan sambutan hari lahir warga INSPEN 2 yang lahir pada bulan Disember.

CenderahatikepadaMejHazrinEXOLt Aiman TLDM dimandikan oleh COLtKolBAzhar

Kemuncak majlis ini ialah upacara simbolik kejayaan pelatih-pelatih Basic Helicopter Flying Course (BHFC) 59/17 yang telah berjaya menamatkan fasa penerbangan asas pada 23 Disember 2018 sebelum menghadiri Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan yang dijangka akan dilangsungkan pada bulan April 2019.

Kejayaan yang dikecapi INSPEN 2 pada tahun 2018 ini adalah hasil daripada perancangan visi dan misi yang jelas serta kerja keras dan pengorbanan oleh setiap warga INSPEN 2.