Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190107 WA0026IMG 20190107 WA0030IMG 20190107 WA0031IMG 20190107 WA0032IMG 20190107 WA0034IMG 20190107 113921

 

TANJUNG BUNGAH, 7 Jan 19 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah mengadakan majlis pembukaan kursus 'Squadron Officer Course' (SOC) Siri 91/19. Kursus ini telah disertai seramai 29 orang pegawai berpangkat Kapt TUDM daripada pelbagai Cawang dan seorang pegawai daripada Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) iaitu Kapt Lek Dedi. Majlis pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.


Majlis turut dihadiri oleh, Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Thamilanty A/L Periasamy TUDM dan Pegawai Memerintah Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM. Selepas Majlis Pembukaan Kursus 'Squadron Officer Course' (SOC) Siri 91/19, telah diadakan taklimat e-Didik di Bilik Mesyuarat INSKEP disampaikan oleh Pengarah Kurikulum MPPLU dan jamuan ringan.