Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190119 WA0067IMG 20190119 WA0065IMG 20190119 WA0066IMG 20190119 WA0063IMG 20190119 WA0064IMG 20190119 WA0068IMG 20190119 WA0069IMG 20190119 WA0072IMG 20190120 WA0011

 

TANJUNG BUNGAH, 19 Jan 19 - BAKAT Udara Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) telah menganjurkan aktiviti BAKAT yang pertama bagi tahun 2019 iaitu Ceramah Kewangan yang disampaikan oleh Pegawai Bank Affin Pulau Pinang bertempat di Dewan Khalid INSKEP.


Pengerusi BAKAT INSKEP, Puan Noor Hafiza binti Zainol bersama ahli BAKAT INSKEP telah hadir bagi menjayakan aktiviti tersebut. Turut serta sesi ceramah ini adalah Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan seluruh warga INSKEP.


Pengerusi BAKAT INSKEP mengharapkan aktiviti sihat sebegini dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli BAKAT INSKEP terutama pada para isteri staf yang baharu bertukar masuk ke INSKEP. Syabas diucapkan pada Ahli Biro Masakan dan Biro Resepsi di atas pengelolaan aktiviti kali ini.