Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2IMG 20190207 104101IMG 20190207 094938IMG 20190207 104158IMG 20190207 10255535IMG 20190207 WA00606

 

IPOH, 7 Feb 19 - Seorang anggota INSMAT TUDM Kinrara iaitu LU I Mohamad Amin bin Zulkeflee telah terlibat dengan kemalangan jalanraya di KM 319.6 Lebuhraya Utara-Selatan, Tapah pada 6 Feb 19 dan arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Abang mangsa yang juga pelatih Kursus Asas Pemandu di INSMAT, LU II Saifullah Shafaiz bin Zulkeflee yang turut terlibat dalam nahas jalanraya mengalami cedera ringan. Kedua-dua mangsa tersebut dalam perjalanan pulang ke INSMAT TUDM Kinrara setelah tamat bercuti Tahun Baharu Cina di rumah keluarga mereka di Ipoh. Jenazah Allahyarham LU I Mohamad Amin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Rapat Jaya, Ipoh.

Turut hadir di majlis pengebumian arwah adalah Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Komandan ATU, Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM dan warga ATU Ipoh dan INSMAT TUDM Kinrara.

AKS Tadbir turut menyampaikan surat ucapan takziah dan sumbangan khairat kematian kepada bapa Allahyarham LU I Amin, PW U I Zulkeflee bin Mat Saad (B) di rumah arwah. Semoga Allahyarham LU I Amin dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan keluarga. Alfatihah.