Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 FB IMG 1549071412354FB IMG 1549071423010FB IMG 1549071426193FB IMG 1549071430290FB IMG 1549071439737FB IMG 1549071443017

 

TANJUNG BUNGAH, 30 Jan 19 - Insitut Kepimpinan dan Pengurusan INSKEP telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM. Perbarisan terdiri daripada Penuntut Kursus ‘Squadron Officer Course’ (SOC) Siri 91/19, ‘Basic Trainer Course’ (BTC) Siri 262/19, anggota INSKEP, Staf Awam serta staf Komatra. Ketua Perbarisan pada kali ini adalah Kapt Mohd Hisyam bin Abd Rahman TUDM - Ketua Penuntut SOC 91/19.

Pegawai Memerintah telah memulakan ucapan beliau dengan membacakan amanat YAB Perdana Menteri Malaysia dan turut menggarap ucapan beliau sejajar dengan amanat negara agar INSKEP terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan konsisten pada tahun 2019. Budaya kerja "Doing it right the first time" dan Total Quality Management haruslah dilestarikan bagi mendokong kehendak negara. Pengekalan disiplin yang tinggi dan pengekalan BMI unggul dikalangan anggota melalui gaya hidup sihat juga turut dititikberatkan dalam ucapan Pegawai Memerintah kali ini.
Disamping itu juga, Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih INSKEP diantara Mej Siti Nadhirah binti Shamsudin TUDM yang bertukar keluar dan Mej Mohd Sani bin Shafie TUDM yang bertukar masuk turut dilaksanakan. Selain itu, perbarisan turut diserikan dengan Majlis Pemakaian Pangkat oleh Pegawai Memerintah terhadap beberapa anggota INSKEP. Pegawai Memerintah juga telah menyampaikan Anugerah ‘Airman Of The Month’ INSKEP bagi bulan Januari kepada Kpl U Mohd Azaham bin Maarof yang turut merangkul Sijil Komitmen Terpuji di atas sumbangan beliau dalam Sukan Ragbi peringkat Pulau Pinang. Sijil Penghargaan juga turut diberikan kepada anggota INSKEP yang telah mengharumkan nama INSKEP dalam perlawanan badminton antara jabatan peringkat Pulau Pinang.

Tahniah diucapkan kepada anggota INSKEP yang baharu dinaikkan pangkat dan yang telah mengharumkan nama INSKEP. Semoga dapat terus menjalankan tugas dengan penuh komited seiring dengan jawatan yang diberikan dan terus mengharumkan nama INSKEP dipersada negara.