Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 345

 

INSMAT, 7 Mac 19 - Pelatih Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang (PMPG) Siri 93/19 dengan kerjasama Sel Agama INSMAT telah menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk “Keluarga Mawaddah” bertempat di perkarangan Surau Al-Hijriah, INSMAT.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Kapt (Ust) Mohd Na’im bin Hj Ahmad Al-Hafiz yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Al-Quran Sekolah Tahfiz Anak yatim ATM, Sungai Besi. Kuliah Maghrib Perdana yang dianjurkan ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan INSMAT bertujuan bagi memberi panduan kepada semua pegawai dan anggota mengenai konsep hidup secara berkeluarga yang harmoni dan bahagia di samping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim.

Kuliah ini telah dihadiri oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Mej Dzulqhizam bin Hamdan TUDM, Pengerusi BAKAT, Puan Norliya bt Ngah, pegawai-pegawai, staf, pelatih serta ahli-ahli BAKAT INSMAT. Selain mendengar kuliah, semua hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada pelatih.