Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

11d57b68 2f09 4b92 a6b4 80cd307ff75f46448bf4 f493 43d9 a3f7 3ef7ef12e957a3e10d97 c0a8 4a3e 9457 5ca86aecac81aa58209f 3906 4795 83bb e82d86cd64c9edf4ee5a e7e2 4bf9 8760 512d96f34301 

 

KUANTAN, 7 Mac 19 - Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah membuat Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke atas INSPRA bermula pada 4 hingga 7 Mac 19 yang diketuai oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Pada hari terakhir Pemeriksaan yang dilakukan, beliau telah dibawa melawat ke Sekolah Bomba dan Menyelamat (Fire Protection System Lab dan Mock up), Sekolah Kawalan Trafik Udara (Simulator ACTS, Simulator RSS dan SARMAP) dan terakhir di Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (Simulator ADSS).

Pihak INSPRA merakam setinggi-setinggi penghargaan kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta Tim Pemeriksa di atas pemeriksaan dan lawatan kerja yang telah dijalankan di INSPRA.