Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0120 resizeDSC 0123 resizeDSC 0130 resize


ALOR SETAR, 13 Mac 19 – Majlis Pemakaian Pangkat dan Penutup Kursus Ilmu Penerbangan Asas Kuartermaster Udara (KIPA KU) Siri49/18 telah berlangsung di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara.


Kursus yang melibatkan tiga Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia ini telah berlangsung selama 16 minggu bermula 26 Nov 18 dan berakhir pada 13 Mac 19.
Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan turut diadakan pemakaian pangkat Lokal Sarjan Udara dan Lokal Sarjan.

Turut hadir, AKS Tadbir Markas Udara TLDM, Pegawai Memerintah Rejimen 882 PUTD dan Eksekutif Kolej Tentera Udara. Pelatih Kursus Terbaik KIPA KU Siri 49/18 telah disandang oleh Bintara Kanan TLR Mohd Sharir Ridhuan bin Mohd Nafees dan Pelatih Kursus Akademik Terbaik disandang oleh Bintara Kanan TLR Ariaddi bin Arman. Pihak INSPEN 2 mengucapkan tahniah dan syabas.