Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0009 resizeDSC 0013 resizeDSC 0019 resizeDSC 0029 resizeDSC 0041 resize

 

ALOR SETAR, 7 Mei 19 - Majlis penyerahan sumbangan cek Tabung Kebajikan Angkatan Tentera dan Tabung Zakat Angkatan Tentera telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Mustapha TUDM.

Dalam majlis tersebut, Kpl U Muhammad Hafiz Amer bin Jemoin telah menerima cek sumbangan dari Tabung Zakat ATM kerana anak beliau telah mengidap penyakit saluran jantung tersumbat yang kini berusia 11 bulan.

Seterusnya adalah LU Khairul Afiq Hazif bin Ruzam telah menerima sumbangan cek dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera kerana ibu beliau telah meninggal dunia.

Dalam majlis ini juga, Komandan Kolej Tentera Udara telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada Sjn U Muhammad Nasir bin Ali yang telah dinaikkan pangkat kepada Pangkuan Flait Sarjan bermula pada 2 Mei 19.

Turut sama hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tadbir Markas Kolej.