DSC 0439DSC 0445

 

INSMAT, 7 Mei 19 - Majlis pembukaan bagi Kursus Pegurusan Bahan Letupan Siri 29/19 dan Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang Siri 94/19 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM bertempat di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara.

Dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pelatih-pelatih dapat menjaga imej TUDM dengan baik, menimba ilmu bagi meningkatkan diri, menjadi warga yang berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai nilai peribadi yang baik. Beliau juga mengingatkan supaya mematuhi peraturan INSMAT supaya tidak menjejaskan kursus yang dihadiri.