Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123456

IPOH, 10 Jul 19 - 285 calon Perajurit Muda Udara Siri 61/19 telah mengangkat sumpah dan terpilih untuk menjalani latihan asas ketenteraan di Skuadron Latihan Perajurit Muda selama 6 bulan. Daripada jumlah tersebut, 240 calon adalah berasal dari negeri-negeri di Semenanjung manakala 45 calon adalah dari Sabah dan Sarawak.

Acara serah terima Perajurit Muda Udara Siri 61/19 telah dilakukan antara Kapt Mohd Aizudin TUDM, PS3 Sel Pengambilan dan Kerjaya dan Mej Adisman bin Hazari TUDM, Ketua Skuadron Latihan Perajurit Muda yang disaksikan oleh Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM, Komandan Akademi Tentera Udara dan Lt Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM, Ketua Jurulatih.

Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai ATU dan semua jurulatih dan staf Skuadron Latihan Perajurit Muda. Selamat menjalani latihan diucapkan kepada semua Perajurit Muda Udara.