Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0275DSC 0493DSC 0499DSC 0116

KUANTAN, 2 Ogos 19 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan INSPRA 2019 bertempat di Gambang Resort.

Majlis ini dihadiri oleh Komandan INSPRA, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, diiringi oleh Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif INSPRA, pegawai-pegawai, anggota dan staf awam INSPRA. Selain itu, turut diadakan penyampaian hadiah Karnival Sukan INSPRA kepada sekolah-sekolah dan bahagian yang bertanding.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan di kalangan staf INSPRA dan pentadbiran INSPRA selain menghargai sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan kepada unit amnya khasnya TUDM.