Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2467810

KINRARA, 7 Ogos 19 – INSMAT TUDM Kinrara telah menganjurkan Pertandingan Memanah melibatkan staf dan pelatih. Acara yang julung-julung kali ini diadakan anjuran pelatih kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang Siri 94/19 melibatkan pertandingan di antara 8 kumpulan bagi merebut gelaran juara kumpulan. Acara ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh wakil BKTU. Seterusnya taklimat pertandingan oleh urusetia sebelum pertandingan dimulakan.

Objektif pertandingan ini bukanlah semata-mata untuk mencari kemenangan dan kejuaraan, namun pertandingan ini dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua staf, jurulatih dan pelatih INSMAT.

Juara kumpulan bagi pertandingan memanah dimenangi oleh Kumpulan Blue Panther iaitu kumpulan staf INSMAT. Manakala juara bagi kategori individu dimenangi oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM. Turut diadakan juga adalah penyampaian hadiah bagi acara menembak yang telah dianjurkan pada bulan Mei lepas.