Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1565655558371FB IMG 1565655555495FB IMG 1565655562409FB IMG 1565655575277FB IMG 1565655579119FB IMG 1565655592273FB IMG 1565655605971FB IMG 1565655637810

GURUN, 8 Ogos 19 - Pegawai Memerintah Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP), Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM bersama 10 anggota Program ‘INSKEP BMI Challenge’ (IBC) 2.0 telah mengadakan aktiviti pendakian di Gunung Jerai Gurun, Kedah. Aktiviti ini yang diselaraskan oleh Pegawai Sukan INSKEP, Lt Muhamad Syazwan bin Ahmad TUDM dibantu oleh seorang anggota dari Cawang Jasmani INSKEP dan 3 orang Staf INSKEP.

Objektif utama program ini dilaksanakan untuk membantu anggota mencapai tahap BMI unggul yang menjadi syarat utama bagi kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan anggota mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti beriadah. Syabas Brotherhood Program IBC 2.0 dengan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi menamatkan aktiviti pendakian di Gunung Jerai.