Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0090 resizeDSC 0135 resizeDSC 0144 resizeDSC 0200 resizeDSC 0208 resize

ALOR SETAR, 3 Sep 19 – Delegasi UAE AF yang terdiri daripada Pilot Staff Lt Col Khaled Khalfan Rashed Khalfan Al Shamsisi, Lt Col Manaf Abdul Aziz Shamal Ibrahim Al Memari dan Major Jaber Abdulla Mufleh Saleh Al Ahbabi telah mengadakan kunjungan ke Kolej Tentera Udara dari 3 Sep hingga 6 Sep 19.

Mereka telah disambut oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM sambil diiringi oleh Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej ke Markas KTU untuk upacara kunjungan hormat dan menandatangani buku lawatan serta upacara ‘exchange of momentos’ di antara KTU dan UAE AF di Pejabat Komandan.

Ini merupakan kunjungan rasmi kedua yang berlanjutan dari ‘2nd Joint Cooperation Committee Malaysian Armed Forces-United Arab Emirates Armed Forces (2nd JMCC MAF-UAE AF)’ yang telah diadakan pada 30 November 2018 lalu. Mereka telah bersetuju mengadakan lawatan kali ini ke KTU untuk meninjau fasiliti penerbangan di INSPEN 1 dan INSPEN 2 serta Sekolah Latihan Pegawai (SLP).

Sepanjang berada di KTU, delegasi UAEAF telah berkongsi maklumat dan pengalaman di dalam pelbagai aspek pembelajaran dan teknologi yang amat berguna kepada kedua-dua pihak.