Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.18.31WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.18.32WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.18.33 1WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.18.33 2WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.18.33WhatsApp Image 2019 09 11 at 13.19.18 1

ALOR SETAR, 11 Sep 19 - Inspektor General Tentera Udara, Brig Jen Felix Gonsalves S/O S.Alexander TUDM dan rombongan telah melawat ke Hangar Simulasi, Institut Teknologi Aerospace (ITAS) di mana Sesi Penilaian Amali bagi program Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Recognition Prior Experiential Learning (RPEL) sedang dijalankan. Lawatan tersebut turut diiringi oleh Pegawai Memerintah ITAS, Kol Hishammudin Bin Abdul Rahman TUDM.

Program RPEL ini adalah satu inisiatif yang dilakukan hasil kerjasama antara pihak ATM, PERHEBAT dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana ianya telah memberi peluang kepada anggota ATM yang masih berkhidmat dan veteran ATM mendapatkan pengiktirafan bagi kepakaran dan kemahiran mereka sepanjang perkhidmatan di peringkat nasional.

Sesi penilaian pada kali ini melibatkan seramai 24 calon yang terdiri daripada juruteknik TUDM dan PUTD termasuk veteran ATM yang kini sedang berkerja di Syarikat penerbangan swasta dalam dan luar negara. Program pengiktirafan juruteknik pesawat yang dikendalikan oleh MTU-Kejuruteraan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anggota ATM dan veteran ATM di mana ianya mampu meningkatkan kebolehpasaran para juruteknik yang dilahirkan oleh TUDM.

Penilaian ini dikendalikan oleh 5 orang Pegawai Penilai JPK yang diiktiraf. Sepanjang lawatan juga, Inspektor General Tentera Udara sering menekankan aspek faedah dan kelebihan yang bakal diterima oleh anggota sekiranya memberi komitmen terhadap proses peningkatan kendiri dengan kaedah-kaedah yang disediakan seperti RPEL ini. Beliau juga menasihatkan agar program ini dapat diteruskan dan dimanafaatkan kepada anggota TUDM samada masih berkhidmat atapun sudah bersara.