Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IRC 2IRC 3IRC 5

KINRARA, 28 Sep 19 - Majlis perasmian dan simbolik flag off INSMAT RIDERS CLUB (IRC) telah disempurnakan pelancarannya oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, bertempat di Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara.

Pelancaran ini berjaya mengumpulkan seramai 34 penunggang motorsikal yang terdiri daripada kalangan staf dan pelatih. Perasmian ini dilaksanakan serentak dengan Program Konvoi Ke Teratak Riverview Tanjung Malim anjuran Wisma Kesatria INSMAT. Program yang julung kalinya diadakan di institusi ini amat penting, selaras dengan seruan “Work Life Balance” sepertimana yang terkandung di dalam direktif Panglima Tentera Udara.

Di samping menumpukan pada peranan dan tanggungjawab utama terhadap organisasi, aktiviti riadah seperti ini membantu memberikan keseimbangan dalam kehidupan di samping dapat memberikan pendedahan berkenaan kepentingan penjagaan rapi terhadap kenderaan persendirian serta teknik tunggangan secara selamat di jalan raya. Semoga dengan pelancaran ini dapat meningkatkan lagi nilai setiakawan dan merapatkan lagi ukhuwah di antara warga INSMAT TUDM Kinrara.