Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0341DSC 0471DSC 0452

SUBANG, 3 Okt 19 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 231/19 telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Lt Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Kursus yang dihadiri seramai 120 orang pelatih dari pelbagai ketukangan ini telah bermula pada 3 Sep hingga 3 Okt 19 dan ia merupakan pra syarat bagi anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan Udara.

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap serta sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya.

Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh Kpl U Mohd Nur Taqdiril Khalied bin Mohd Azmi. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai dan jurulatih INSTAR.