Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0016 2 resizeDSC 0020 resizeDSC 0027 resizeDSC 0030 resizeDSC 0034 resizeDSC 0059 resize

ALOR SETAR, 1 Okt 19 - Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Seksyen Rancang Pegawai telah mengadakan lawatan dan sesi dialog bersama pegawai dan anggota LLP Kolej Tentera Udara.

Ketibaan AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato' Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM dan pegawai-pegawai Staf Rancang Pegawai telah disambut oleh Komandan Kolej, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM serta pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.

Sesi dialog bersama pegawai-pegawai telah diadakan bertempat di Dewan Taming Sari manakala sesi dialog bersama anggota LLP diadakan di Dewan Peperiksaan ITAS.

Dalam sesi ini, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah memberi taklimat berkaitan dengan perancangan kerjaya pegawai dan anggota LLP serta memberi penjelasan mengenai permasalahan yang telah dikemukan oleh pegawai-pegawai dan anggota LLP di kolej ini.