Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1570677356878FB IMG 1570677378485FB IMG 1570677409871

PULAU PINANG, 30 Sep 19 – Insitut Kepimpinan dan Pengurusan INSKEP telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM.

Perbarisan yang diketuai oleh Mej Mohamad Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM terdiri daripada Penuntut Kursus ‘Training Manager Course’ (TMC) Siri 20/19, ‘Junior Officer Course’ (JOC) Siri 7/19, anggota INSKEP dan Staf Awam.

Perbarisan kali ini turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada Ketua (R&D) Kapt Mohd Amin bin Mahadzir TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM dan Kapt Mohd Helmee bin Mostapa TUDM dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian Anugerah ‘Airman of The Month’ bagi bulan Ogos kepada PW U II Mohd Azeli bin Mihat dan bulan Julai kepada Fsjn Mohd Shahrizal bin Saad serta penyampaian sumbangan kepada PW U II Mohd Azli bin Hashim dan Kpl U Mohd Fitri bin A.Rahman yang kematian waris.