Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 10 29 at 12.17.07

IPOH, 26 Okt 19 - Persatuan Memanah TUDM dari Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Klinik Memanah 2019 di Akademi Tentera Udara, Ipoh mulai 25 hingga 27 Okt 19. Program ini telah diperkenalkan kepada Perajurit Muda Lelaki Siri 61/19 yang kini sedang menjalani latihan asas ketenteraan.

Program Klinik ini diketuai oleh Mej Ir. Neo Chin Kiat TUDM, selaku Setiausaha Persatuan Memanah TUDM dan dibantu oleh Lt Nursyafiqah binti Mohd Nawawi TUDM, selaku Penolong Pengurus Pasukan Persatuan Memanah TUDM serta dua jurulatih memanah TUDM iaitu Sjn U Ahmad Suza bin Abd Razak, selaku Jurulatih Recurve dan Kpl U Noor Shuhaidi bin Baharom, selaku Penolong Jurulatih Recurve bersama-sama dengan lima atlet memanah TUDM.

Seramai 11 Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki telah terpilih mengikuti program yang dikelola oleh Persatuan Memanah TUDM. Mereka telah diberikan pendedahan dan tunjuk ajar mengenai asas memanah, cara-cara memanah serta taklimat keselamatan memanah iaitu Basic Wooden Recurve Bow dan Basic Compound Bow.

Objektif yang disasarkan oleh LSTUDM ini telah dilaksanakan bagi mencari pelapis baru di kalangan Perajurit Muda Tentera Udara agar Persatuan Memanah TUDM dapat mencungkil bakat sedia ada dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi ke arah mencapai aspirasi yang ditetapkan iaitu menjadi juara untuk Kejohanan Memanah Antara Perkhidmatan ATM 2020 serta Projek Kecemerlangan Memanah SUKMA 2022.