Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

23FB IMG 1572668879822

PULAU PINANG, 24 Okt 19 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 23 Okt hingga 24 Okt 19 di Surau Al – Wasotiah, INSKEP.

Program ini merupakan salah satu inisiatif unit untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pegawai dan anggota di dalam ilmu fardu kifayah bagi yang beragama Islam.

FB IMG 1572668886071FB IMG 1572668901367FB IMG 1572668904373

Pengisian tentang pengurusan jenazah telah disampaikan oleh PW II Ustaz Muhd Yusuf bin Abdullah manakala Taklimat kawad Pengurusan Jenazah pula disampaikan oleh PW Institut INSKEP PW U II Mohd Shahril bin Mohd Salleh dan Taklimat Dokumentasi serta Pentadbiran Pengurusan Jenazah bagi anggota yang telah disampaikan oleh Ketua Kerani INSKEP Sjn U Mohd Syukri bin Awang Hitam.

FB IMG 1572668907068FB IMG 1572668927692

Kursus ini dihadiri oleh pegawai dan anggota yang beragama Islam bagi memberi pendedahan tentang cara menguruskan jenazah dengan betul dan menurut syariat Islam.

Di hari terakhir kursus telah diadakan Praktikal Memandikan Jenazah, Menkafankan Jenazah, Solat Jenazah, Kawad Pengusungan Jenazah, Pengebumian / Talkin dan Penghormatan terakhir bagi Jenazah anggota ATM.