Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0016 resizeDSC 0133 resizeDSC 0150 resize

ALOR SETAR, 31 Okt 19 - AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato Ir Razali bin Abd Ghani TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara (KTU) dan ketibaan beliau disambut oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM bersama Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM.

Dalam rangka lawatan kerja yang telah dirancang ini, AKS Kejuruteraan turut mengadakan sesi dialog bersama anggota kejuruteraan KTU dan Majlis Penutup Kursus Pegawai Kejuruteraan dan Jentera Elektonik Kapal Terbang (KPKJEK).

Beliau telah menyempurnakan Majlis Penuntup Konvokesyen KPKJEK siri 31/19 yang diadakan di dewan Auditorium ITAS melibatkan seramai 15 pegawai kejuruteraan dari TUDM dan TLDM berjaya menamatkan kursus.

Pelatih keseluruhan terbaik telah disandang oleh Lt Dya Chan Jun Kwan TLDM manakala pelatih akademi terbaik disandang oleh Lt Muda Muhammad Zulhelmi bin Tarmizi TUDM.