FB IMG 1573477739189FB IMG 1573477751471FB IMG 1573477754811FB IMG 1573477760235FB IMG 1573477786950FB IMG 1573477794926

PULAU PINANG, 5 Nov 19 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan Majlis makan malam graduasi penuntut kursus Junior Officer Course Siri 7/19 yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memenuhi sesi latihan praktikal pengurusan majlis seperti termaktub dalam keperluan kurikulum kursus selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara penuntut dengan anggota INSKEP.

Majlis dimulakan dengan Gimik perasmian dan diteruskan dengan jamuan makan, tayangan montaj oleh penuntut kursus JOC siri 7/19, persembahan busker, permainan serta persembahan tarian dan lakonan daripada penuntut kursus.