Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1573478302533FB IMG 1573478321741FB IMG 1573478327992FB IMG 1573478331094FB IMG 1573478334471

PULAU PINANG, 4 Nov 19 – Insitut Kepimpinan dan Pengurusan INSKEP telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM yang diketuai oleh Mej Kitai bin tongsip TUDM.

Perbarisan kali ini turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada tiga orang anggota LLP iaitu Sjn U Mohd Syukri bin Awang Hitam yang dinaikkan pangkat ke Pangkuan F/Sjn, Kpl U Mohd Amirul Bin Jamaluddin dinaikkan pangkat ke Pangkuan Sjn U dan LU I Mohamad Imram Saifullah bin Saifullnizam dinaikkan pangkat ke Pangkuan LUK.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian Anugerah ‘Airman of The Month’ bagi bulan Oktober kepada Kpl U Mohammad Fadhil bin Awang serta penyampaian sumbangan kepada Kpl U Mohd Rizal bin Ismail dan Kpl U Shahrul Anuar bin Shuaib yang kematian waris.

Pegawai Memerintah dalam ucapannya turut menasihatkan agar penuntut kursus merebut peluang dan manfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus untuk diterjemahkan ke unit masing-masing. Pegawai dan anggota juga disaran supaya sentiasa mematuhi dan tidak melanggar Direktif No 18 Panglima Tentera Udara, kesalahan melibatkan integriti dan perikemanusiaan.