Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 551DSC 0494DSC 0524

KINRARA, 15 Nov 19 - Majlis Penutup Kursus Asas Materiel Siri 185/19 dan Kursus Asas Pemandu Siri 88/19 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM bertempat di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel, TUDM Kinrara.

Dalam ucapan beliau menyeru agar semua pelatih kursus memulakan langkah kanan di dalam perkhidmatan dengan mempamirkan nilai-nilai peribadi yang mulia sebagai anggota tentera yang sentiasa komited di dalam melaksanakan tugas disamping menjadi modal insan dan aset penting kepada TUDM.

DSC 0319DSC 0434

Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan dari Kursus Asas Materiel telah dinobatkan kepada LU II (W) Lily Chen manakala Anugerah Pelatih Akademik Terbaik dinobatkan kepada LU II (W) Sabariah binti Sudirman. Bagi Kursus Asas Pemandu, Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan disandang oleh LU II Muhammad Norsyazwan bin Zainal Abidin dan Anugerah Pelatih Akademik Terbaik telah dinobatkan kepada dan LU I Mohamad Alif bin Abdul Rashid.

DSC 0538DSC 0548

Sebagai warga Materiel, seharusnya bijak di dalam mengimbangkan check and balance terhadap tiga elemen penting dalam job competency iaitu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi, mempunyai nilai kemahiran kerja yang baik dan juga sikap atau budaya kerja yang positif terhadap peranan serta fungsi tugas masing-masing disamping menanam sikap ketaatsetiaan (loyal) di dalam diri setiap warga Materiel.