KUANTAN, 28 Nov 19 – Pegawai EKSA INSPRA telah mengkoordinasikan Taklimat EKSA tentang Matlamat dan Cara Pelaksanaan Program ini. Taklimat disampaikan oleh PS 2 Pusat Rekod & Arkib TUDM selaku Setiausaha EKSA TUDM iaitu, Mej Hairul Nizam bin Hussain TUDM.
Turut hadir Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM, Ketua-Ketua Sekolah serta anggota dan Staf Awam INSPRA yang diadakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
Pihak INSPRA berterima kasih kepada penceramah kerana telah memberikan input serta gambaran yang jelas kepada hadirin yang hadir untuk menjayakan program yang baru diperkenalan dalam Organisasi TUDM. Diharap dengan adanya EKSA dapat memeberi impak yang positif terhadap suasana kerja yang konduksif dan efektif.