Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1575449129574FB IMG 1575449132355FB IMG 1575449135295FB IMG 1575449142091FB IMG 1575449166930

PULAU PINANG, 29 Nov 19 - Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula ‘Command Training Instruction’ (CTI) dan ‘Manual Of Training Policy And Procedures’ (MTPP) bertempat di Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang mulai 25 hingga 29 Nov 19.

Objektif bengkel ini adalah untuk membuat semakan semula ke atas CTI dan MTPP MPPLU sepertimana yang telah ditetapkan supaya ianya menepati keperluan semasa latihan bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.

Seramai 25 orang pegawai dan enam orang anggota LLP telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada empat orang pegawai INSKEP iaitu Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM sebagai fasilitator CTI, Ketua Jurulatih INSKEP, Mej Mohd Sani bin Shafie TUDM, Standard Evaluation Officer (RDSEO), Mej Mohd Amin bin Mahadzir TUDM sebagai fasilitator MTTP dan Ketua Officer Leadership School (OLS) INSKEP, Kapt Mohd Firdaus bin Abd Aziz TUDM.