DSC 0500DSC 0475DSC 0477

INSMAT, 15 Jan 20 – Satu majlis Penyampaian Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-19 , telah berlangsung di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara, yang telah di sampaikan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM melibatkan semua pegawai, Jurulatih, Staf, pelatih kursus serta kakitangan awam.

Semasa sesi penyampaian perintah ulung, Pegawai Memerintah telah memberi penjelasan berkaitan General Ackbal’s Ground Rules (G.A.G.R) kepada semua hadirin supaya memahami maksud yang telah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara.