Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

b89e81b1 07ad 4025 8002 8575a6a3086664b0a3b3 dd2c 4c2f 84ca c05c9283e6c8bb714a65 f34c 4d45 8de2 385669415cb9

ALOR SETAR, 21 Januari 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato' Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM telah mengadakan lawatan kerja beliau di Kolej Tentera Udara (KTU). Lawatan ini merupakan lawatan ulung setelah beliau mengambil alih tugas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU).

d6d5d613 4893 45af 8be3 c51c919a34063cdaa58a 7fc4 4c28 b846 10e02ea7af7c32c24b40 8339 4731 9d96 f3ce17b0703e

Ketibaan PPLU telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM bersama Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Sesi taklimat ringkas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas KTU sebelum beliau dibawa ke unit-unit sekitar KTU serta di Pusat Simulator Pejuang dan Institut Teknologi Aerospace (ITAS).

5e60fe76 5f83 4d8c aa43 581866985af7ae1c6752 648f 4b57 a8f1 9a45dea3dd7c7c46745d 076c 4a8a 908b 6740de51910e

Setelah selesai lawatan, telah diadakan Majlis Makan Tengah Hari di Wisma Ahli Udara bersama PPLU yang dihadiri oleh semua warga KTU. Di akhir lawatan beliau, turut diadakan sesi dialog bersama Pegawai Kadet bertempat di Mini Auditorium, Sekolah Latihan Pegawai (SLP).