DSC 0522DSC 0527DSC 0549DSC 0573DSC 0587DSC 0595

KINRARA, 22 Januari 2020 – Majlis pembukaan bagi Kursus Asas Materiel Siri 186/2020 dan Kursus Asas Pemandu Siri 89/2020 telah berlangsung di auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara yang disempurnakan oleh Pengarah Materiel, Kol Kamarudin bin Kassim TUDM.

Dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pelatih – pelatih dapat menimba ilmu bagi meningkatkan diri, menjadi pelatih yang berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai nilai peribadi yang baik serta lebih bertanggungjawab di dalam menjaga disiplin dan imej TUDM khasnya.

Selain itu, beliau juga menegaskan agar para anggota dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif seperti najis dadah, mendera, penglibatan dengan skim cepat miskin atau skim cepat kaya, mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan serta penglibatan dengan gejala-gejala tidak sihat lain seperti penglibatan dalam aktiviti militan.

Pengarah juga memaklumkan pihak INSMAT sama sekali tidak akan berkompromi kepada mana-mana anggota yang terlibat dengan perkara-perkara terlarang ini dan sebaliknya akan mengambil tindakan yang tegas.