Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0015 resizeDSC 0030 resizeDSC 0033 resizeDSC 0038 resize

ALOR SETAR, 3 Februari 2020 – Perbarisan Penggal Pertama Pegawai Memerintah Institut Penerbangan Dua (INSPEN 2) telah diadakan bertempat di dataran INSPEN 2. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM. Perbarisan tersebut dianggotai seramai 38 Pegawai, 6 anggota LLP dan seorang staf awam.

Pada perbarisan tersebut, Pegawai Memerintah telah menekankan tentang perintah dan amanat Panglima Tentera Udara. Beliau berharap agar setiap warga INSPEN 2 dapat melaksanakan peranan masing-masing berlandaskan 8 teras utama yang telah digariskan oleh Panglima Tentera Udara.

Selain itu, beliau juga menegaskan kepada seluruh warga INSPEN 2 untuk mematuhi Direktif PTU No 15 iaitu Garis Panduan Kawalan Penggunaan Media Sosial. Ini kerana, penyalahgunaan media sosial bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada individu, namun ia juga memberi impak negatif kepada organisasi TUDM.

Akhir sekali, beliau juga berharap agar seluruh warga INSPEN 2 dapat meneruskan kecemerlangan dan kekal positif untuk mencapai objektif yang ditetapkan.