Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0514DSC 0522DSC 0549

KINRARA, 29 Januari 2020 – Satu majlis pemakaian pangkat anggota lain-lain pangkat INSMAT TUDM Kinrara telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM.

Dalam majlis tersebut menyaksikan Kpl U Mohd Hafez bin Mat Radzi dan Kpl U Muhammad Tajuddin bin Sa’ari masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan Udara.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengucapkan tahniah dan telah memberi kata-kata perangsang agar anggota yang telah dinaikkan pangkat terus meningkatkan prestasi kerja selaras dengan pangkat yang telah diperolehi.

Majlis yang berlangsung di foyer INSMAT turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai, Staf–staf dan jurulatih INSMAT.