Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0011 resizeDSC 0026 resize

ALOR SETAR, 13 Feb 20 – Jabatan Transfusi dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Tentera Udara (KTU), hari ini. Rombongan yang diketuai oleh Dr. Siti Nadiah, Ketua Jabatan Transfusi disambut oleh Kol Hishammudin bin Abdul Rahman TUDM, Ketua Eksekutif Kolej dan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Ketua Cawang Tadbir.

Kunjungan hormat yang diadakan bertempat di pejabat Pegawai Memerintah ITAS ini, adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara pihak HSB dan KTU. Pada akhir kunjungan, pertukaran momento di antara pihak KTU dan pihak HSB telah dilaksanakan oleh Pegawai Eksekutif Kolej diiringi Ketua Cawang Tadbir KTU.