Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 0102030405

KINRARA, 16 Februari 2020 – Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, pegawai-pegawai serta Staf INSMAT dan pelatih-pelatih kursus telah menyertai My Hero Charity Run 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bertempat di Parkir C, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Acara pelepasan bagi kategori larian 19.33 km telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad manakala acara-acara lain merangkumi jarak 1 kilometer, 5 kilometer dan 10 kilometer telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong. Bagi acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz.

Hadir sama memeriahkan program ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.