Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0108

SENDAYAN, 27 Februari 2020 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Hj Dzulkarnain bin Ahmad TUDM telah menyempurnakan penyampaian Sijil MS ISO 9001: 2015 kepada 11 pegawai yang mewakili Pusat Latihan masing-masing termasuk MPPLU.

Pusat Latihan yang berjaya menerima sijil tersebut adalah ILIT, INSPEN 1, INSPEN 2, ITAS, ITSBL, INSKEP, ATU, INSTAR, INSMAT dan INSPRA. Sijil yang diiktiraf oleh Mercu Inovasi Training and Consulting ini telah dijalankan hampir setahun mulai Disember 18 hingga Disember 2019.

Melalui teknik yang telah ditunjuk ajar dan dipratikkan daripada pensijilan ISO, sesebuah organisasi akan memiliki standard pengurusan, produk serta perkhidmatan yang setanding dengan produk antarabangsa.

Dengan pengiktirafan sijil ini diharapkan semua Pusat Latihan memperoleh skil-skil baru yang berguna dalam dalam menghasilkan produk/perkhidmatan/resolusi yang berkualiti.

DSC 0055DSC 0113

Terdahulu, PPLU telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Pangkat kepada Kapt Norapidah bt Abu Bakar. Beliau telah dinaikkan pangkat Pangkuan Mejar mulai 1 September 2019 dan bertukar masuk sebagai PS2 gaji di MPPLU mulai 1 Januari 2020.

Turut hadir pada majlis ini adalah Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Abdul Halim bin Othman TUDM.