IMG 5240 MG 0102IMG 5246

KINRARA, 21 Februari 2020 – Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT), telah mengadakan program Forum Perdana Ehwal Islam di padang kawad INSMAT. Forum Perdana yang bertajuk “Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah” ini telah dianjurkan oleh Pelatih Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang Siri 95/2020.

Ahli-ahli panel yang telah menghadiri bagi program ini adalah Datuk Ustazah Siti NorBahyah binti Mahamood (Panel 1), Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid (Panel 2) dan Kapt (B) Norisham bin Kadmin (Moderator).

IMG 5429IMG 5218IMG 5399

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Staf Khidmat MPBU, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM dan isteri; Pengarah Bantuan Logistik Markas ATM, Kol Jemaat bin Atan TUDM dan isteri; serta Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, Pegawai-pegawai INSMAT, BAKAT INSMAT, staf dan pelatih-pelatih kursus.